Sabtu pagi hari tu saya join event Pasdec Eco Walk & Hunt 2013 di Taman Bandar yang best. Untuk acara ni kena ade kumpulan yang terdiri 2 peserta. Dalam jam 9 pagi kami semua peserta diberikan clue paper dan sampul surat besar beserta taklimat sebelum pelepasan. Tugasan yang kena buat terbahagi kepada 3 part. Part 1 kena berhenti di pondok hentian tepi tasik dan cop berkaitan rumah yang Pasdec jual. Ada 6 cop. Part 2 kena jawap teka silang kata nama-nama binatang dan pokok-pokok pastu kena tangkap gambar sebagai bukti. Kalau tak bawak camera boleh bawak h/set ade camera. Part 3 dekat jetty kena ambik sehelai daun besar yang gugur . Semua ni kena buat serentak keliling tasik Taman Bandar.
|
taklimat |
|
pelepasan |
|
besonya refflesia |
|
lari keliling tasik ... |
Acara ni kira-kira abis jam 11.30 pagi di mana lebih kurangnya semua peserta telah menyerahkan sampul berserta bukti-bukti dan jawapan lengkap kepada urusetia termasuklah pasukan saya dan khalil. Lepas tu penganjur sediakan jamuan makan tengah hari dan penyampaian hadiah kepada Pasukan yang menang. Pemenang di tentukan oleh jawapan yang betul dan masa yang paling singkat. Best Betul Program Ni, Terima Kasih Pasdec Eco Walk & Hunt 2013 :)
|
Tapir yg sedang nyorok :) |