Sunday, 11 May 2014

Bawa Maksu Ke USM Kubang Kerian

Maksu dapat tawaran study kat USM Kubang Kerian Kelantan jurusan Ijazah Kejururawatan. Jurusan Nursing sampai peringkat Ijazah rupanya. Tapi kena temuduga dulu kalau berjaya baru boleh mengaji kat sini. Tak ramai mana pun bakal student yang interview mungkin sebab sesi pagi takpun ari Jumaat kot. Jurusan Doktor kat bangunan lain jurusan Diploma Jururawat pun tempat lain jugak. 
kami salah tmpt kt sini interview doc 
x ramai mane
Temuduga dijadualkan awal pagi jadi kami sekeluarga dari Pahang tiba awal, hari Khamis bermalam di Kota Bharu, Kelantan. Dari Kuantan kami gerak awal lepas breakfast sebab sampai KB leh nengok kat mane tempat temuduga tu. USM Kubang Kerian Kelantan ni besar sgt siap ade Hospital. Seingat saya ada 2 pintu masuk utama yang mula-mula kami jumpa jalan masuk ke Hospital pastu baru Pengawai Keselamatan maklum pintu satu lagi kat tepi jalan utama. 

Saya tak bawak kete ikut jalan pantai sbb jauh. Saya ikut Jabor sampai ke persimpangan Bukit Besi pas tu masuk highway LPT Terengganu keluar interchange Kuala Terengganu. Lepastu pandu macam biasa. Di LPT ni tak kena tol lagi, pondok bayar tol pun tak siap bina lagi. Jangan bawak laju sangat sebab ade speed trap.

Kami 1family tido di Hotel Wakaf Che Yeh. Sewa 2 bilik. Betul-betul tempat orang berniaga. Pukul 4.30 petang kena ubah parking dari depan hotel ke kawasan parking kat padang. Best tau boleh pusing-pusing Wakaf Che Yeh sampai penat.
snap dr tingkap bilik hotel
Kalau conform Mak Su dpt belajar kat sini, akan datang saya nak booking hotel/homestay area berdekatan Pasar Siti Khatijah pulak. Datang awal2 boleh singgah Rantau Panjang :)
diorang kumpul kt sini


Thursday, 1 May 2014

Review Saya The Amazing Spider Man 2 : Rise Of Electro



Sempena cuti hari pekerja saya dan anak pergi nonton movie The Amazing Spider Man 2 : Rise Of Electro yang merupakan sekual The Amazing Spider Man. Jadinya kedua-dua movie ni kami tengok sama-sama. Sebelum ni dulu-dulu saya menengok Spiderman 1, 2 dan 3 sorang-sorang sebab masa tu bujang lagi. Dua movie The Amazing Spiderman dimana heronya pelakon Andrew Garfield adalah buat semula cerita Spiderman 1,2 dan 3 yang heronya actor Tobey Maguire.

Cerita Spiderman The Amazing semua watak utamanya lebih muda remaja.  Masa nengok The Amazing Spiderman 2 tahun lepas terkejut gak awek Spiderman/Peter Parker ialah Gwen Stacy dan bukannya Mary Jane. Watak Gwen Stacy muncul dalam Spiderman 3 ( Spiderman VS Sandman & Venom ). 

Dalam sekual kali ini masih lagi mengesahkan Peter Parker/Spider Man murungkai kisah sebenar mengenai 'kehilangan' ibu-bapanya. Peter Parker juga dalam dilema untuk meneruskan hubungan percintaan dengan aweknye Gwen Stacy ataupun berpegang kepada janji ayah Gwen Stacy supaya memutuskan hubungan jika mahu terus menjadi Spiderman. 

Watak jahat kali ni ialah Electro (pelakonnya Jamie Foxx), orang ade kuasa elektrik tu. Kemunculan Harry Osborn kawan baik Peter Parker dan Rhino. Tapi paling buat saya dan anak teruja kemunculan Green Goblin. Penelitian saya mendapati kisah Spiderman edisi The Amazing ni berkisar Oscorp Industries. Di bangunan kompani ni Peter Parker kena sengat labah-labah terus jadi Spiderman. Ayahnya juga kerja dengan Oscorp ni. Dalam edisi lepas Dr Curt Connors saintis guna dna cicak yang jadi cicak gergasi tu kerja kat sini jugak. Electro pun sama kerja kat sini la jugak tak terkecuali Gwen Stacy (awek Spiderman) pun sama. 

Apapun bagi saya pengarah filem ni buat cite sehampir mungkin dengan kisah di dalam komik. Best tau cite ni . Bagi peminat cite yang ade superhero The Amazing Spiderman 2 : Rise Of Electro memang patut ditonton dan tidak dilepaskan. Kalau ade sambungan lagi selepas ni mesti ade watak Mary Jane Watson pulak rasanya.

Cerita pasal komik kalau kita perasan, kita boleh lihat kemunculan istimewa pencipta watak superhero Spiderman ni Stan Lee. hmmmm tp dalam cite spiderman dulu dan lain-lain movie superhero yang dia reka pun dia ade gak (Pakcik yang pakai cermin mata hitam)...tak caye jom layan klip kt bawah.