Sunday 25 August 2013

Night Jungle kat Gambang Water Park

Cuti sekolah baru ni kami sekeluarga pergi ke Night Jungle kat Gambang Water Park tu. Saya pilih pukul 5 petang sebab tak panas sangat jadi sedang molek je dari petang terus je ke malam. Tak la lama sangat dan tak la singkat sangat duduk mengadap haiwan nanti kat sana.
masuk karang jumpe burung nuri

tido je memanjang
Masuk je kat situ kita mesti ke Simba Hill Plaza. Kita leh tengok Singa jantan dan betina yang dok asyik tido dan berehat aje. Dekat ngat je, jadi boleh la tengok singa tu puas-puas. kat Simba Hill ni ade restoren kalau lapaq boleh makan kat restoren ni. Kedai cendera hati pun ade. Nak sembahyang, ade juga disediakan surau jadi  tak de masalah nak lepak kat sini lepas Isyak.

cantik
cermin kiri kanan tu animal malam duduk
suzuki txr panther hahaha
bat cave,,xde batman
Lepas tu kami jalan sikit ke Night Jungle. Kat sini binatang dia aktif waktu malam. Best tau boleh tengok monyek kecik-kecik. Saiz macam tikus je tau. Rasanye ade sekor monyek yang dalam cartoon Penguin of Madagaskar pun ade kat sini. Saya mulanya nak tangkap gambar tapi gambo x boleh flash, jd x jd la nak tangkap gambo. Gua Kelawar Bat Man pun ade kat sini. Pastu kami singgah petting Kingdom dan Malayan House. Malayan House diaorang buat rumah Melayu macam dulu-dulu dengan reban ade ayam, itik angsa sekali. 
pemburu dtg...
hebat
Bestnye dalam pukul 7 nak ke pulul 8 ade pertunjukan Tarzan. Siap ade adengan lawan-lawan dan tembak-tembak pakai senapang patah lagi. Lepas tengok Tarzan kite boleh tengok pertunjukan api pulak. Memang syok woo!


Wednesday 21 August 2013

Abang Poyeng Beri Duit Raya Kat Penyokong :)

Sempena Wordless Wednesday, dengan selambanye saya mengcopy dan paste gambar Mohd Saiful Nizam beri duit raya kat peminat cilik Pahang. Malam tadi bermulanya perlawanan Piala Malaysia. Perlawanan Pahang vs Kelantan berkesudahan seri 1: 1.  THIS IS PANTAI TIMUR  hehehe. Photo kredit: Fikri Amin. Sumber FB Astro Arena


Sunday 18 August 2013

Macam Chun-Li :)

Kali ni saya teringat pula kat Chun-Li, watak awek streer fighters yang sepak lawan macam helikopter. Apa-apapun jom kita tengok lagi awek K-Pop melontar bola lisut :)