Monday, 3 June 2013

Saya Hadir Reunion Zaman Sekolah

Seronok juga dapat hadir ke Majlis Reunion yang rakan-rakan sekolah anjur. Dapat jumpa semula kawan-kawan sekolah lama yang terpisah lebih 20tahun dalam majlis sebegitu memang menyeronokkan. Agak susah jugak orang yang berstatus anti sosial dan tak ramai friend fesbuk seperti saya nak join, tapi akhir sekali saya sertai juga. Faktor yang mendorong saya untuk turut serta adalah seperti di bawah:

Ada Makan-Makan
Biasanya reunion mesti ada aktiviti wajib menjamu selera. Jadi selain merapatkan sillaturahim antara kawan-kawan lama, makan nasi dengan kawan lama memang best. Lagi best kalau makan nasi goreng cina, tomyam, satay, ayam dan ikan panggang BBQ, kek, potongan buah tembikai, papaya dan minum air sirap atau teh 0 dengan kawan lama.

Dapat Borak Dengan Kawan Lama
Bukan senang nak jumpa dan kumpul kawan lama kalau bukan sebab event sebegini. Seronok ape dengar kisah kehidupan sahabat lama terpisah. Ada yang lebih atau kurang dari kita. Jika 20 tahun dulu masa zaman sekolah tolak hari cuti, boleh kata tiap-taip hari saya bersembang dengan kawan yang duduk di kerusi sebelah, duduk meja depan takpun belakang, ketua kelas/tingkatan mahupun pengawas sekolah apatah lagi perpustakawan. Lepas tamat sekolah semuanya tinggal kenangan. Ringkasannya ini adalah masanya untuk saya berborak dengan diaorang dan imbau memory zaman persekolahan.

Menghargai Pengerusi dan JKKK 
Reunion ini dikelola oleh ketua dan ahli jawatankuasa yang terdiri dari kawan-kawan. Tidak ade gaji pun.  Segala usaha dan penat lelah serta goodies atau hamper yang telah disumbangkan hanya ihklas untuk buat event yang bolehkan sebab kawan-kawan berkumpul. Kehadiran saya tentulah sedikit sebanyak menghargai usaha yang telah kawan-kawan sumbangkan.

Lihat Perubahan
Kita semua berubah tak kira dari segi emosi atau fizikal diri, perubahan tetap berlaku menerusi fasa kehidupan. Contoh mudah jika dulu kawan kita jenis kelakar atau suka buat joke, adakah dia akan kekal berkarakter sebegitu selepas 20 tahun berjumpa semula.  Namun begitu kalau bukan orang lain yang berubah mungkin diri kita sendiri yang banyak berubah. Kawan-kawan lama yang akan  menilai perubahan yang berlaku pada kita.

Tegur Kawan Yang Tak Sempat Tegur
Zaman persekolahan dulu banyak kelas. Mungkin saya tak sempat tegur semua kawan-kawan di kelas lain. Dulu saya pemalu orangnya dan sekarang pun masih begitu. Jadi nilah peluangnya bertegur sapa sesiapa sahaja yang dulu saya tak sempat tegur.

Mensyukuri Nikmat Yang Maha Esa
Kalau bukan kehendak Nya saya mungkin tidak ketemu sahabat-sahabat lama dibangku sekolah dulu. Saya akan mensyukuri kurniaan umur yang panjang anugerah Yang Maha Esa.

Jadi ni antara sebab saya hadir ke majlis Reunion Zaman Sekolah. Semua ni saya dapat fikirkan ketika Tuan Pengerusi Reunion buat ucapan alu-aluan. Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan semua. Korang semua memang TERBAIK.

Saturday, 1 June 2013

Maksu Masuk Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Isnin lepas saya hantar Maksu belajar ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan rombongan ahli keluarga yang lain. Mula-mula tu nak booking mana mana hotel di Bandar Kuala Pilah tapi kebanyakan hotelnya dah penuh. Melang Inn Hotel, Desa Inn Hotel dan Rest House bila call je dia kata dah ade yang tempah sebab pendaftaran pelajar ke Kolej Matrikulasi ni. Orang lain booking sebulan lebih awal.

Jadi ambil keputusan bertolak dari Triang je, lagipun bukannya jauh sangat pun ambil masa lebih kurang sejam setengah pejalanan. Jalan pun bukan susahpun mula-mula hala ke Bahau pastu sebelum simpang serting hala terus ke Simpang Pertang hala terus Batu Kikir pastu terus masuk Bandar Kuala Pilah. Kita orang bergerak lepas subuh sebab nak daftar awal, walaupun bawak kereta pelan-pelan boleh sampai area sebelum pukul 8.30pagi. Kami sempat sarapan pagi dekat kedai makan berhampiran stesen minyak esso yang jual mee kari untuk breakfast. Sedap mee kari dia. Oleh sebab lupa nak fotostart salah satu borang berkaitan pendaftaran kami pusing semula ke bandar jap cari kedai fotostart. Pastu masuk balik semula jalan ke Kolej yang tak jauh sangat dari bandar Kuala Pilah. 
Walaupun awal pagi jalan ke kolej dah start sesak dengan kenderaan beratur panjang nak masuk kolej. Rupanya kolej dekat area kawasan perumahan. Masa daftar macam biasalah ramailah ibubapa yang mendaftar anak di bawah satu dewan besar kat  sini. Lepas maksu siap daftar kami semua kena angkut barang Maksu lebih kurang dekat 1km la jalan kaki sambil bawa beg dan barang-barang lain. Kena pulak asrama Maksu kat atas bukit puas sungguh panjat tangga.

Dari penelitian ringkas di Kuala Pilah dan pendaftaran kolej Matrikulasi ni saya nak buat beberapa kesimpulan sikit :

1. Orang kat Kuala Pilah ni memang ramah sungguh dan baik-baik belaka. Masa kami makan mee kari waktu sarapan pagi, Pakcik yang duduk semeja panjang dengan kami dengar perbualan saya dan Maksu nak cari kedai fotostart. Pakcik ni Bilal Masjid, hulur bantuan dengan bawa motor dan tunjukkan lokasi kedai fotostat.  

2. Penduduk dikawasan taman berhampiran Kolej ni tak kisahpun orang ramai parking kereta depan rumah berhampiran pintu pagar. Siap bertanya khabar lagi. Tak masam mukapun. Malah saya nampak sendiri pakcik berbaju pagoda pakai kain pelekat keluar umah tegur 1 famili yang tengah sorong beg galas beroda dan terus ke seberang jalan membantu kereta rosak keluarga lain yang nak mendaftar anak.

3. Nak daftar ni kena sediakan betul-betul apabenda borang yang dia minta sebab kalau tak cukup nanti buat susah je. Nak fotostart itu ini masa tengah berbaris tentulah menyusahkan, tu tak termasuk kalau takde setem hasil. Kena susun borang ikut susunan betul-betul. 
4.  Kalau nak makan satu family, makan je kat cafeteria kat kolej jangan nak makan kat luar pastu nak masuk balik. Alamatnye lepas makan nasik tengahari pastu tersangkut kat jem semata-mata nak masuk balik ke kolej. Kalau tak cukup barang2 macam penyangkut baju atau berus kasut beli je kat kolej.

5. Jalan menuju ke kolej dari Bandar Kuala Pilah jem dari tengah hari ke petang sebab pendaftaran kemasukan pelajar ni. Saya nasihatkan datang awal untuk daftar anak. Sebab saya kesian sungguh lihat Mak, Ayah dan Atuk berpanas angkut beg anak jalan kaki dekat 500m lepas parking kereta di bahu jalan jauh dari kawasan pintu masuk kolej sebab tak sanggup tersangkut  dalam kereta dan kejar masa pendaftaran yang nak tutup jam 5 petang. Dan jem ni tiap tahun berlaku time pendaftaran ni.

6. Lepas sampai ke Kuala Pilah saya makin minat dengar lagu kat bawah ni.